Bahasa Melayu

Anda Telah Dipilih

20 Mei 2022
Hari Jumaat dalam Minggu Paskah Kelima
Bacaan Hari Ini

Santo Bernardinus dari Siena, Paderi—Peringatan Pilihan

Video

“Bukan kamu yang memilih Aku, tetapi Akulah yang memilih kamu dan menetapkan kamu supaya kamu pergi dan menghasilkan buah yang kekal.”  Yohanes 15:16

Kanak-kanak suka bermain.  Apabila sesuatu permainan diadakan antara dua pasukan, mereka sering berbaris dan menunggu untuk dipilih.  Setiap anak berharap agar dipilih terlebih dahulu.  Apabila seseorang dikehendaki menyertai pasukan, dia berasa dihargai.  Apabila seorang anak dipilih paling akhir, hal ini boleh menjadi sukar baginya dan melukakan hatinya.

Hal ini memperlihatkan keinginan dalam diri kita masing-masing untuk diterima dan dikehendaki.  Khabar baiknya ialah Allah memang memilih setiap seorang daripada kita.  Dia menghendaki kita menjadi anggota keluarga-Nya dan menjadi milik-Nya.  Perkara ini amat penting untuk difahami dan, apabila kita memahaminya, kita akan benar-benar berasa dihargai.

Merenungkan secara tetap hakikat bahawa Allah telah memilih kita bahkan sebelum kita dilahirkan merupakan suatu amalan rohani yang baik.  Dia telah mengenal kita sejak sediakala dan mengarahkan pandangan-Nya kepada kita, dengan kerinduan untuk membawa kita masuk ke dalam kawanan-Nya.  Kita perlu memahami hal ini, menerimanya dan mempercayainya.  Kita sememangnya milik-Nya.

Allah bukan sahaja memilih kita untuk menjadi milik-Nya, tetapi Dia juga memilih kita untuk melaksanakan misi-Nya.  Dia mahu menggunakan kita untuk pergi dan menghasilkan buah bagi Kerajaan-Nya.  Dia mahu menggunakan kita bagi suatu tujuan yang suci dan suatu panggilan ilahi.  Menjadi anggota “pasukan”-Nya bererti hidup kita mempunyai tujuan dan makna.  Walaupun kadangkala kita mungkin berasa begitu “tidak layak” untuk membawa perubahan, kita harus ingat bahawa Allah tidak memandang kita sedemikian.  Sebaliknya, Dia melihat potensi yang tidak terbatas dalam diri kita masing-masing dan memilih untuk menggunakan potensi itu bagi membina Kerajaan-Nya.

Renungkanlah pada hari ini dua ungkapan ringkas:  “Aku telah memilih kamu” dan “Pergilah dan hasilkanlah buah.”  Menerima panggilan Allah kepada anda akan mengubah hidup anda dan juga hidup mereka yang anda dipanggil untuk layani.

Tuhanku yang menyambutku dengan mesra, aku tahu bahawa Engkau telah memilih aku.  Aku menerima panggilan-Mu dalam hidupku.  Aku menerima hakikat bahawa Engkau telah menetapkan aku untuk melaksanakan misi-Mu dengan cara yang unik dan mulia.  Bantulah aku untuk sentiasa menjawab “Ya” kepada panggilan-Mu.  Yesus, aku percaya kepada-Mu.

Doa-doa Paskah

Renungan Injil Lain

Renungan Kerahiman Ilahi

Semua Orang Kudus/Perayaan

Orang Kudus Hari Ini – Santo Bernardinus dari Siena, Paderi

Pilihan Bacaan Misa


  Subscribe to our YouTube channel  
  to be notified about new content.