Sabtu, 7 Oktober 2017
Bacaan untuk Peringatan Bonda Maria Ratu Rosario
Bunda Maria Ratu Rosario – Peringatan
Pada hari ini, ketika kita menghormati Bunda Maria Ratu Rosario, inilah kesempatan yang baik untuk merenungkan doa yang penuh kuasa ini. Cara terbaik untuk merenungkan kuasa doa Rosario ialah dengan berpaling kepada para kudus. Di bawah ini terdapat beberapa ungkapan daripada para kudus Allah tentang doa Rosario. Renungkanlah ungkapan-ungkapan ini dan biarlah semuanya menyapa hatimu.
“Sesiapa yang berdoa Rosario setiap hari tidak akan sekali-kali disesatkan. Inilah pernyataan yang dengan rela hati akan kutandatangani dengan darahku sendiri.” – Santo Louis de Montfort.
“Daripada segala doa, Rosario ialah doa yang paling indah dan paling kaya dengan rahmat…cintailah Rosario dan doakannya setiap hari dengan penuh devosi.” – Santo Pius X.
“Alangkah indahnya keluarga yang berdoa Rosario setiap petang.” – Santo Paus Yohanes Paulus II.
“Rosario ialah doa kegemaranku. Sungguh menakjubkan doa ini! Menakjubkan dalam kesederhanaan dan kedalamannya.” – Santo Paus Yohanes Paulus II.
“Rosario ialah harta yang tidak ternilai, yang diilhamkan oleh Allah.” – oleh Santo Louis de Montfort.
“Tiada cara yang lebih pasti untuk memohon berkat Allah ke atas keluarga… selain berdoa Rosario setiap hari.” – Paus Pius XII.
“Rosario ialah bentuk doa yang paling luhur dan cara yang paling berkesan untuk mencapai kehidupan kekal. Rosario ialah penawar bagi segala keburukan kita, akar segala berkat kita. Tiada cara berdoa yang lebih luhur.” – Santo Paus Leo XIII.
“Berikanlah kepadaku sebuah pasukan tentera yang berdoa Rosario dan aku akan menakluki dunia.” – Beato Paus Pius IX.
“Jika kamu menginginkan kedamaian dalam hatimu, dalam rumah tanggamu dan di negaramu, berkumpullah setiap petang untuk berdoa Rosario. Jangan biarkan walau sehari pun berlalu tanpa mendoakannya, betapa pun kamu dibebani pelbagai kerisauan dan pekerjaan.” – oleh Paus Pius XI.
“Bunda Maria tidak pernah menolak rahmat yang kupohon melalui doa Rosario.” – oleh Santo Padre Pio dari Pietrelcina.
“Cara berdoa yang paling agung ialah berdoa Rosario.” – Santo Fransiskus dari Sales.
“Pada suatu hari nanti, melalui Rosario dan Skapular, Bonda Maria akan menyelamatkan dunia.” – Santo Dominikus.
Tuhan, semoga aku memahami kuasa anugerah yang berharga ini, iaitu Rosario Suci. Kurniakanlah aku rahmat untuk menjadikannya sebahagian daripada doa harianku. Yesus, aku percaya kepada-Mu.





